PELAKON Zarina Zainuddin tampil berkongsi nasihat susulan kisah poligami yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Kata Zarina, berkahwin dengan suami orang perlu persiapkan diri dengan mental yang kuat untuk berkongsi kasih.
Malah tegasnya, perasaan hormat kepada madu mesti ada terutama yang bergelar isteri muda.
"Nak kahwin dengan suami orang tak pandai ambil hati orang.. Niat awal-awal bulan madu tempah bilik sampai RM4500, sedihlah kau perempuan. Niat nak jadi isteri berkongsi kasih, mental kena kuat… Lelaki bodoh je yang tak sayang bini pertama…
"Dia hidup susah-susah mula-mula kahwin dengan bini dia, kau datang semua dah ada pastu kau rasa semua kau punya ke..?
"Hormat hak orang yang pertama tetap yang pertama, sampai bila-bila kau yang nombor 2 dan seterusnya tu.. Bawa banyak bersabar. Hati orang kau dah koyak-rabakkan pastu nak sedap-sedap dengan laki dia," pesannya.
Tambah Zarina, biarpun tidak boleh menolak takdir, nasihatnya agar mengelakkan diri daripada mendekati lelaki milik orang.
"Ingat ... Allah bayar tunai tak kira macam mana kau buat… Kalau ada pilihan tak payahlah laki orang.. Sakit jiwa kau, kau tak kuat, tak redha asyik gaduh dengan orang ... Asyik nak kawal laki kau, akhirnya laki kau angkat kaki bye-bye..
"Orang lelaki lelaki tak nak pening-pening wei, dia orang nak sedap je pening tu untuk kau lah. Aku dah 27 tahun bermadu okay je belajar susah-senang bersama, bukan masa senang je kau nak tempel, masa susah kau cabut… Bini apa?
"Jadi isteri ni kita nak dapat pahala tapi kalau salah caranya berdosalah sebab asyik kutuk laki sendiri... Syurga ada di depanmu, neraka di belakangmu," tambahnya.
Terdahulu, kisah wanita yang bermadu dengan seorang wanita berada mendapat perhatian ramai. Selain percutian mewah di Langkawi berakhir, kediaman milik mereka yang pernah dijadikan homestay dikosongkan.
Selain itu, kereta milik suaminya juga ditukar oleh isteri pertama dan digantikan dengan kereta lebih kecil.
Untuk berita lanjut, layari portal Gempak.
Gempak
Sat Oct 16 2021
Berkahwin dengan suami orang perlu persiapkan diri dengan mental yang kuat untuk berkongsi kasih, nasihat Zarina Zainuddin. - Foto Astro GEMPAK
AWANI Ringkas: Setakat ini hanya ibu bapa Zayn ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Melly Goeslow nyata masih hebat, memukau peminat di Axiata Arena
Konsert selama lebih dua jam itu nyata memukau kira-kira 9,000 peminatnya yang rata-rata hadir dengan pakaian sekolah.
Emir Kuwait lantik Sheikh Sabah Khaled Al Sabah sebagai putera mahkota
Emir Kuwait, Mishal Al Ahmad Al Jaber Al Sabah mengeluarkan dekri melantik Sabah Khaled Al Hamad Al Sabah sebagai putera mahkota.
Dua pembantu penguasa kastam didakwa atas tuduhan rasuah
Dua Pembantu Penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia didakwa di atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,300.
Segera siasat dakwaan kontena Israel berada di Iskandar Puteri - Ahmad Zahid
Siasatan terhadap dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri, Johor perlu disegerakan.
Ekosistem kewangan Islam berpotensi tarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia
Mohd Zukime berkata, pelabur daripada negara Islam mencari peluang pelaburan yang mematuhi prinsip Syariah.
Shereen lebur rekod kebangsaan 400m miliknya di Tennessee
Atlet olahraga wanita negara Shereen Samson Vallabouy berjaya meleburkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 400 meter (m) pada Kejohanan Music City Track Carnival di Tennessee, Amerika Syarikat.
McDonald's Malaysia bersama Palestin, derma RM1 juta kepada tabung kemanusiaan
Azmir berkata pekerja restoran makanan segera itu telah mengumpul dana lebih RM100,000 untuk membantu mereka yang terjejas di Palestin.
KKM siasat peniaga rendam sotong dalam ‘tong sampah’
Peniaga lelaki berkenaan tular di aplikasi X apabila menggunakan tong yang biasanya digunakan sebagai tong sampah untuk merendam bahan jualannya itu sehingga mengundang kecaman ramai.
Polis tembak mati dua lelaki di R&R Tanjung Malim
PDRM mengesahkan dua lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Hentian Sebelah Tanjung Malim arah utara, Perak.
'Ibu tak pandai, biarlah anak pandai' – Anak Zarina Zainuddin raih keputusan SPM 6A
Menurut Zarina, anaknya itu memperoleh gred A dalam enam mata pelajaran dan dua B.
'Ini bukan filem My Name Is Khan' - Netizen luah pandangan isu kahwin anak Zarina Zainuddin
Menerusi perkongsian yang dibuat di Instagram, Zarina turut memanjangkan harapannya supaya wanita yang bakal bergelar menantunya itu dapat memberikan kasih sayang, menjaga makan minum dan ikhlas
'Jodoh mungkin tak ada di dunia, kat sana nanti dapat bidadari' - Zarina Zainuddin
Zarina mengakui anak nombor dua dari empat beradik ini sememangnya ada keinginan untuk berkahwin.
Jalani pembedahan hidung? Ini penjelasan Zarina Zainuddin...
"Lepas saya bedah dan buang cecair saya repair la hidung saya sikit"
Hidup bermadu hampir 30 tahun, Zarina minta izin kahwin suaminya dengan isteri pertama
Zarina yang juga Datuk Seri Raihan kongsi kisah hidup sebagai isteri nombor dua.
Kalau dia tengah mengamuk, saya pun tak boleh... - Zarina Zainuddin kongsi cara tenteramkan anak autistik
Begitulah hal yang sering dilalui Zarina yang sering berkongsi cara dia menguruskan dua anak sulungnya yang menghidap autisme.
27 tahun bermadu, Zarina Zainuddin pesan wanita jadi isteri muda: "Bukan masa senang je tempel, masa susah kau cabut"
Berkahwin dengan suami orang perlu persiapkan diri dengan mental yang kuat untuk berkongsi kasih, nasihat Zarina Zainuddin.
'Azil dah boleh makan' - Anak Zarina Zainuddin selamat jalani pembedahan hidung
Dalam satu entri di Instagramnya beberapa hari lalu, Zarina Zainuddin berkongsi tentang keadaan anaknya Azil. Menurut Zarina, dia mendapat mesej daripada suaminya tentang Azil yang sukar bernafas.
Selami perkara penting sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia
Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan suatu gangguan neurologi di otak yang mempengaruhi perkembangan pemikiran kanak-kanak.
'Sakit kena tanggung sendiri...' - Zarina Zainuddin menangis dihentak anak
Kesiannya...